Wednesday, June 15, 2011

lunch at MBSB

kenyang sudah makan sambal telur dgn paprik ayam... dibilas pulak dgn air teh O suam.... rezeki murah hari ni.

malam ni x tau la nak masak apa plak.... ingat nak buat kek cheese la... masak lauk simple2 pastu bawak bekal utk esok....

Ignorants Lady @ Bitch in Green Kurung @ KIASU

Pagi2 lagi ada je orang nak menaikkan marah aku. Ada la satu Hamba Allah ni yang layak dicincang hidup2 sbb die ni langsung tiada perikemanusiaan.

Aku dalam tren dari Bukit Jalil ke Masjid Jamek, bila tren stop di Bandar Tasek Selatan ada la pregnant lady yang berbaju merah yang mmg tengok dari jauh pun dah tau die ni berbadan dua. Die masuk dan berdiri di depan perempuan baju hijau tu.

Kalau dilihat dari susuk tubuh perempuan baju hijau tu, sihat fizikal, dlm early or mid 30's la. Kalau la die tido masa preggy lady tu berdiri depan die tu xpe la... still boleh dimaafkan. tapi mata die celik terbeliak mengadap preggy lady tu.... apa yang die nampak sebenarnya...

Aku heran sebab die buat bodo je.... dlm hati puas tambah dosa maki hamun pompuan baju hijau tadi. Geram... aku rasa nak je lempang muka die n shouted' hey u bitch, there's a preggy lady standing in front of you' Where's you courtesy? Bodoh.......

Sesampai je stesen Masjid Jamek, die, preggy lady dan aku pun turun.... dlm tren aku didatangi satu idea yang sangat jahat. Disebabkan hari ni aku bawa bekal SAMBAL telur REBUS.. aku calit skit jari aku dlm sambal tu... tujuannya untuk dipalitkan ke baju kurung plain hijau perempuan KIASU tadi.

Tapi disebabkan aku ni dikategorikan baik jugak la... aku jilat balik sambal yg ada kat jari aku tadi.... x sampai hati la pulak.... karang mcm2 bala pulak yang dtg kat aku.... insaf sekejap....

So moral of the story, never and ever be a KIASU or like that lady in green kurung. Be nice to people and help those who more needed than us.

Tuesday, June 14, 2011

JERSLIN POWER OIL - 1001 RAHSIA

JERSLIN POWER OIL - 1001 RAHSIA

Terdapat dalam pelbagai saiz:-
20ml - RM 26.00
40ml - RM 35.00
50ml - RM 45.00
Juga terdapat bedak sejuk - RM 15.00

Call or SMS Pn. Mar (019 - 707 4554)

utk SMS taipkan Jerslinnamalokasi
cth : Jerslin Linda Puchong

  • mengandungi habatus Sauda dan herba terpilih
  • tidak perlu dimakan, hanya sapu
  • tiada kesan sampingan
  • selamat untuk semua peringkat usia, ibu mengandung & bayi
  • HALAL diseluruh dunia
  • boleh diminum bagi yang kronik (titis di air minuman)
AMAT BERKESAN

TAK PERCAYA ..........

CUBA DULU BARU TAHU !!!!!!

Monday, December 20, 2010

Mafia Italiano Annual Dinner 2010

me after transformed

me and ain

me and ain

me and rayyan

me

mafia italiano of disb district

the leader's of mafia in the world
from left Asoka Jibeng (from Osaka Qeramat Japan district), me (World of Finance leader), Dr. Love Zee Harn (the only mafia in PINK) and Taiko Tai Prhat Faisal Sumphon (from Padang Besaq territory)



all the boys in disb

baya and intan

Thursday, December 16, 2010

current status : xde mood

erm... lama kan aku menyepi.. sbb sgt2 bz skrg ni... maklumla... mcm2 kena settlekan sebelum masuk new year ni....

erm... xde mood lak nak post kali... sambung len kali la....

Wednesday, December 1, 2010

SMS dari pakcik ku .....

Hari ini aku gembira yang x terhingga, setelah menerima kiriman sms dari pakcik yang sangat aku sayangi, walaupun perwatakannya agak tegas.. (walau die serius tetapi penyayang) itu yang aku hormat sangat2 dgn die....

antara inti dlm sms tersebut.... die sekeluarga nak berkunjung ke rumah aku pada cuti awal muharam ni......Itinerary nya ialah...

SHOOT ke Genting Highland and Sunway Lagoon..... last but not least.. FREE and EASY...

too bad.. i x boleh nak attend those event... because :

xde cuti, ada team building di Avillion, Port Dickson...so sad... but my MUM ada kat sana.. temankan my HUBBY and MY DAUGHTER....

can't wait for them to come.....

Inilah sifat-sifat isteri yang derhaka

"Ya Allah, jauhkan aku dari sifat2 yang tidak terpuji, KAU peliharakanlah akhlak ku supaya hidupku sentiasa mendapat keberkatakan dariMU , YA ALLAH.. AMIN..."

Aku mengaku dulu aku pun termasuk dalam golongan yang dibawah ni... tapi alhamdulillah pengalaman mengajar aku erti bersabar... x nak lagi jadi macam ni... syukur dengan kehidupan sekarang...

So, untuk kengkwan, serta2 musuh2... renungkanlah.. dan jadikan iktibar untuk pedoman hidup...

Suami sering merasa hina diri (inferioritycomplex) terhadap isteri. Isteri tidak melayan dengansepatutnya, maklumlah sibuk dengan tugas dan sibuk melayan orang lain. Suami selalu tinggal sendiri.kalau isteri ada di rumah pula dia merasai berhadapandengan orang besar, yang dihormati ramai, maka masakan mudah baginya untuk mengajak isteri bermesra-mesra danmelayannya dengan baik. kerana itu hiduplah suamidalam keadaan kesunyian selalu dengan rasa rendah

diri. Kebahagiaan bersuami-isteri dan berkasih sayangtidak akan terasa lagi.
 Oleh kerana isteri biasa mengarah-arahkanpekerja bawahannya atau orang ramai, maka tentu diaterbawa-bawa ke rumah, yakni suka mengarah suami. Apa lagi kalau suaminya berjawatan kecil, sepertilah orangbawahnya. Maka dalam keadaan apa pun suami akan rasahina diri. Mengalah sajalah suami. Ikut sahaja apaisteri kata. kalau pun kadang-kadang ia tidak sukadengan perkara itu, terpaksa ditekan-tekan rasa.Pendeknya jadual rumahtangga akan diatur oleh isteri.
“Kita balik kampung bang” “Kita keluar bang” “Malam ini jangan kacau I bang, I letihlah,” dan sebagainya.

Bila suami ajak ziarah emak di kampung, dia jawab,
“Saya ada mesyuarat esok, tidak boleh cuti.” Kadangpula suami ajak pergi kenduri kahwin dijawab, “I ada‘appointment’ petang ini. “Sewaktu-waktu suami ajak kebilik tidur dia jawab, “I nak siapkan ‘speech’ untukesok. Abang masuklah dulu” Isteri jadi tuan. Suamijadi khadam. Orang yang tidak tahu mereka itu suamiisteri akan menyangka suami itu orang gajinya.

 Isteri sentiasa keluar. Siang keluar, malamkeluar. Bila balik, sudah letih. Maka suami akanmenjadi orang bujang. Ada isteri macam tidak ada isteri. Sebab dia tidak dapat miliki isteri itu. Hanyaboleh dipandang-pandang, boleh dipegang sekali-sekali.Tetapi tidak boleh dikawal mengikut kehendak suami. Oleh kerana isteri ada jadual sendiri dan adapandangan sendiri, maka selalunya arahan suami akandibahas dan dipertikaikan. Suami jarang merasai isterinya taat padanya. Pun jarang si isteri memintakeizinannya untuk melakukan sesuatu.
 Isteri tidak rasa bersandar hidup dengansuami. Biasanya seorang isteri bergantung hidup,nafkah dan tanggungannya pada suami. Tetapi keranaisteri berjawatan, ia rasa lebih dari suaminya, makaisteri tidak lagi bersandar pada suami. Ia tidakmemerlukan apa-apa dari suaminya; tiada istimewa dan tidak ada kelebihan apa-apa untuk dia bersandar hidup.Hatta kalau suaminya menceraikannya pun dia tidak rasabimbang apa-apa. Maka dia berani buat apa disukainyaterhadap suaminya.

Kalau isteri lebih pandai dari suami maka:

 Isterinya akan membuatkan suami sentiasa rasahina diri dan rendah diri, kerana isterinya akanbanyak mengajarnya. Bukannya suami mendidik isteri
tetapi berlaku sebaliknya. Kalau suami buat apa-apa yang silap atau tidak tepat selalulah kena komplenatau diketawakan oleh si isteri. Hendak marah atau
hendak merajuk pun takut pula kena leter denganisteri, maklumlah isteri bijak. Al hasil
suami sentiasa rasa diperkecilkan oleh isteri. Dirasadirinya sentiasa rendah di samping isterinya. Kasihsayang dan kebahagiaan yang layak bagi seorang suami tidak dapat dirasainya lagi.
 Isteri tidak yakin dengan sikap, cakap danarahan suami, maka dengan sebab itu dia tidak bolehtaat pada suaminya. Kalau taat pun hanya atas dasar patuh.
 Isteri berani mengarah, menentang danmarah-marah pada suami. Si isteri pula, kerana selalurasa dikalahkan, tidak akan boleh mengawal keadaanbegini. Maka terjadilah suami menurut kata isteri,suami ikut cakap isteri. Hidup suami diatur olehisteri.
 Suami tidak akan memberi apa-apa maklumat dantunjuk ajar pada isteri, disebabkan dia rasa malu padaisterinya yang lebih pandai darinya. Oleh kerana kebiasaan isterinya menyanggahnya maka dia bimbangkalau-kalau maklumat atau ceritanya akan disanggahlagi atau dipandang kecil oleh isteri. Kerana itu selalunya isterinya yang banyak cakap, suami menurutsaja. Ertinya suami belajar dengan isteri.
 Kemuncak dari itu, ialah suami takut untukmembuat arahan atau permintaan pada isteri. Tegasnyasuami akan takut pada isteri.

Kalau beristeri cantik

Si isteri sedar dan bangga dengan kecantikannya, makasuami akan selalu kalah dengan kehendak isteri. Sisuami pula suka akan kecantikan isteri, dia menyayangiisterinya atas dasar isterinya cantik. maka jadilah keadaan di mana segala kehendak isteri
diikutinya.Isteri tentu sedar akan hal ini maka diambil kesempatan untuk mengarahkan suaminya, ikut ragam dankerenahnya. Minta itu minta ini, arah itu arah ini.kalau tidak dapat, merajuk, meragam dan merengek-rengek. kalau kemahuannya tidak diikuti diamengugut hendak balik kampung atau minta cerai. Diatahu suaminya tidak akan menceraikannya. Si suami pulakerana terlalu sayang, ikut saja. bukan senang hendakdapat isteri cantik. tetapi hati menderita. Bak kataorang, mata sedap hati sakit. Ibarat buah kepayangditelah pahit dibuang sayang. Hal ini jarang berlakupada wanita-wanita yang tidak cantik. Mereka tidak berani meragam sebab mereka tahu suaminya boleh menceraikannya, cari yang lain.

Kalau beristeri kaya

Suami akan jadi hamba, sebab si suami bersandar rezekipada isteri. Isteri jadi ‘boss’, boleh buat apa sajaarahan yang disukai. Oleh kerana rasa termakan budi,suami merasai tidak patut pula kalau tidak menurutarahan isterinya. Akhirnya diperhambakan isteri. Dalamkeadaan itu suami akan rasa rendah dan hina diri dan tidak berani si suami berlaku sebagai ketuarumahtangga untuk mengarah itu dan ini. Maka akhirnyaisterilah yang jadi ketua rumah, jadi queen control.Jadual dan program isteri yang tentukan. Suamimengiyakan sahaja.

Kalau beristeri yang tidak kaya, tidak pandai, tidaktinggi jawatan:

Isteri yang setaraf dengan suami atau lebih rendahlagi tidaklah susah sangat suami dibuatnya. Isteri ituterpaksa bersandar sepenuhnya dengan suami. Dan dia pula tidak boleh memberi apa-apa pada suami, dandirasai suaminya lebih daripadanya. Ada kekuatan dan keistimewaan. Maka mudahlah dia hormat dan taat.Selamatlah hati suami. namun ketaatan ini bukanlahketaatan yang suci murni, kerana dibuat denganterpaksa. Yang mana kalaulah isteri itu kaya misalnya,nescaya dia turut menyusahkan suaminya juga.

Ada waktu-waktunya isteri akan engkar juga dengansuaminya, terutama suami ada salah silapnya. Itulahwanita yang tidak beriman yang selalu menyusahkan suami. Suami tidak rasa terhibur dengan isteri. Rasabahagia, mesra dan kasih sayang dengan isteri semakinhilang dari hari ke hari. Suami merasai lebih bahagiakalau berada di luar rumah atau jauh dari isteri.Setiap kali hendak balik ke rumah, suami cemas menantiapa pula ragam si isteri. Soalan apa yang akanditanya. Apa pula yang akan dirungutkan, apa yang akandimintanya. Panjang mana pula leter yang akandidengar. Semasam mana pula mukanya dan macam-macam
lagi ragam dan kerenah yang akan dihadapi.

Kesah ini pernah berlaku kepada seorang pendakwah,seorang suami tiba-tiba saja menghulur RM50.00 padaisterinya. “Hadiah,” katanya. Hairanlah isterinya kerana kejadian yang tiba-tiba itu.
“Hadiah apa ni?” Ditanya kepada suaminya. Makaberkatalah suaminya, “Hadiah kerana tadi ketika sayabalik ke rumah, awak sambut baik, tak tanya itu ini macam selalu. Pada hal biasanya kalau saya tidurdiluar, pagi baru balik, awak tak gini. Sebab itu dalam perjalanan balik tadi saya sudah bimbang apa nak jadi. Rupa-rupanya awak sudah berubah. Itu pasal sayahadiah RM50.” Isterinya pun tersipu-sipu.

Itulah cerita isteri yang sedang dididik dengan iman.Suami keluar dakwah, kadang-kadang tidak balik. Makasedikit sebanyak sudah boleh menerima keadaan itu,boleh bersabar dengan ujian kesusahan. tetapi kalaulahtidak dididik dengan iman, mustahil seorang isteriboleh bermanis muka dengan suami di waktu dia sendiri sedang berduka.

Isteri solehah akan sentiasa berfikir untuk memberikebahagiaan kepada suaminya, dalam apa jua keadaanpun, akan sanggup mengorbankan dirinya untukmenghiburkan suami demi mengharap kasih sayang Allahdan syurgaNya.

Lihatlah sejarah seorang wanita Mukmin, ketika anaknyameninggal dunia, ditutup mayat itu baik-baik menunggusuaminya pulang. Bila kembali suaminya ia tidak terusmengadu kejadian malang itu tetapi dihiburkan, dilayansuaminya hinggalah selesai suami menunaikan hajatnyabarulah dia bertanya, “Abang, kalau kita diberi pinjamsesuatu, adakah kita kena memulangkan barang itukepada tuan punyanya?. “Tentu sekali,” Jawab suaminya.Kemudian dia menyambung, “Allah telah meminjamkan kitaseorang anak. Tapi sekarang Allah ambil kembali anak itu dari kita.” “Innalillah wa inna ilaihi raajiuun,”kata suaminya dengan tenang. Maka barulah ditunjukkanmayat anaknya pada suaminya. Begitu mampunya wanitasalehah menenangkan hati suaminya. Bukan memekik,melolong, menangis, merapu dan mengungkit itu inihingga suami jadi dua kali susah. Susahkan ujian yangberlaku, susahkan sikap isteri.

Hari ini mana ada wanita salehah yang mengorbankandiri untuk kebahagiaan suami demi mengharapkankeredhaan Allah dan nikmat syurga di akhirat kelak.Yang ada ialah wanita-wanita yang selalu menyusahkansuami untuk keuntungan dirinya kerana semata-matamemuaskan diri dan nafsunya.

Sebenarnya perkara-perkara yang saya senaraikan diatas, tidak akan atau kurang berlaku kalau kitaberisterikan wanita salehah. Sekalipun wanita ituberpangkat tinggi, bijak bistari, cantik molek, kayaraya, namun dia tetap taat dan merendah diri padasuaminya. Suka berkhidmat, menyelesaikan masalah suami(bukan membuat masalah) bahkan semua miliknya ditukargeran menjadi milik mutlak suaminya. Lihat SayidatinaKhadijah, Sayidatina Aisyah dan Siti Fatimah Az Zahrah. Semua kekayaan, kepandaian dan jiwa raganyadikorbankan untuk membantu perjuanga Rasulullah saw.Siti Khadijah yang asalnya hartawan Quraisy, tetapi
setelah menjadi isteri Rasulullah saw, habis hartanyadiserahkan, untuk menyumbangkan pada agama Allah.Hingga waktu wafat beliau, tempat tinggalnya hanyasatu bilik usang berpintu satu. Sayidatina Aisyah,Ummul-Mukminin selaku pembantu kuat Rasulullah, turut
giat sama berjuang dengan mengorbankan segalakebolehannya kepada perjuangan suaminya. Sesudah wafatRasulullah, dia bertindak selaku mahaguru kepada para sahabat besar. Siti Fatimah binti Rasulullah adalahisteri yang rela miskin dan bersusah payah untukIslam, pun begitu dia tetap dapat memberi senyum manis pada suaminya.

Itulah ciri dan contoh wanita beriman. Wanitabeginilah yang mesti kita sediakan untukdiperisterikan.

Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlak

Untuk tatapan sahabat handai, kaum keluarga, sekutu dan sesiapa sahaje yang bergelar wanita.

Harap-harap kita akan menjadi insan yang lebih baik dari sekarang dengan muhasabahkan diri hanya kerana ALLAH


1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.


2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak,mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.


3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.


4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.


5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami,melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r.a:

“Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya.”

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh Rasulullah saw:

“Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya.”

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

“janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat,maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal.”

Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda.Rasulullah saw bersabda:

“Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya.”

Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang soleh dan solehah.

Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin.

Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu,pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak,pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya,tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula.

Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih saying antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:

“Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti.”

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya,baginda bangga dengan umat yang ramai kerana disitulah letaknya kekuatan agama Islam.

Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama,memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

“Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya,dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan.”

Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis.

Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak.

Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang,sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:

“Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman.”

“Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.”

Wednesday, November 24, 2010

Emergency Room

today i'm not feeling well, just imagine almost 3 days in a row .. not a complete sets of meals loaded in my stomach... all being thrown out less than 2 minutes of consuming...

dunno why and what the cause... its seem likes I'm losing out of energy.. my day fills with a short nap..a simply short nap... then today.. i've decided to see the doctor.... after being checked... dup dap dup dap... (my heart beats macam longkang nak pecah) i need a drip...

baru lepas kena cucuk


ni darah kalau air dah abis dan nurse lembap bertindak

bottle yang tinggal separuh .... ni dalam bilik ER..

my advise... kalau nak pergi masuk drip.. make sure doktor yang buat.. kalau bagi nurse cap ayam ni buat... bengkak n sengal tangan aku...

Sunday, November 21, 2010

i-City @ Shah Alam


Last night we went to i-City @ Shah Alam.. perghh seronok sangat sebab pergi ikut SKVE yang sangat lengang... hassle free... sampai2 kul 6.15... boleh pulak hubby tanya.. nak g sana ke ni... siang lagi ni...

dah aku pun jAWAB... lorrr g mlm la skit.. kite lepak2 kat Pizza Hut kat simpang tu... (besor oi) .. then kite pun gerak2 la... sampai2 park kereta kat Kayu Nasi Kandar... tapi nak makan Pizza... so lalu la ikut pintu belakang..

sampai2... erm.. nak makan KFC pulak.... so duduk la kat situ sampai agak2 gelap...

*** my advice bagi yang nak kesana... get ready.. if possible kul 6.30 dah ada kat sana.. or lepas maghrib la... sbb that time kiteorg masuk dlm kul 7.30.. lengang lagi... tapi bila nak keluar .. Ya Rabbi... tengok kereta nak masuk... line-up kire 2km la... ko bayangkan la.... the entrance fee untuk parking hanya RM10... (mahalkan tapi.. jgn risau sbb kat dalam ada safari, cold room and santa claus)... setiap entrance fee ialah RM2/pax.. kalau kite show ticket tu.. dapat la masuk free utk lima org untuk satu tempat sahaja.... (lagi dua tempat tu kena baya la...)

the great thing, bila anak dah pandai berdikari... just wonder that my 3yrs old daughter dah pandai tangkap gambar untuk kami berdua.... senang dah... siap bole ckp.. (sekali lagi.. sekali lagi) after a shot... u go girl.. macam ni la anak ummi dan ayah.... bijak2..

paling kelakar.. bila ada org bawak camera DSLR yang besar2.. die kata kat ayah die... "ayah die bawak camera atuk la ..." sungguh cerdik anak aku ni... die pikir atuk die sorang je ke yg pakai DSLR Nikon D300... hahahha

so enjoy these photos k...:


this picture was taken by 3yrs old daughter.. amazing isn't


this also taken by her...


gambar ni kite minta tolong pakcik tu yg amik... thank u pakcik


gambar ni diambil oleh newly weds couple.... thank u sis

Saturday, November 20, 2010

Triffle strawberry

here is some of my new sets of dessert... luvly isn't? if u want the recipe feel free to email me...
actually this is my first attempt of doing so... great isn't


from the upper side of my triffle

the layers


colorfull

Aidiladha 2010 - menu

salam lebaran... erm.. kali ni kami bertiga raya di rumah sendiri.. tak dapat nak balik mana2 kampung.. sbb raya falls on WEDNESDAY... b4 and after kami semua kerja... so untuk menu raya kali aku ada masak2 skit la.. antaranya.. nasi jagung, ayam masak merah, dalca kari daging dan acar (paling simple w/o cuka sbb replace dgn jus limau kasturi).. sodapp...

sob sob sob... sbb x dpt bagi family kami merasa masakan ni... tapi yg penting en suami kata sangat sedap.. die tapaukan untuk officemate die yg terpaksa berkhidmat untuk TNB.. hahahhha..


before dihidangkan

selepas dihidangkan


nasi jagung (recipe my mum)


ayam masak merah (sedap woo)


dalca kari daging (w/o kacang dhall.. sbb x suke)

Friday, November 19, 2010

Plants Vs. Zombie - my favorite game



the main title



cute isn't it ?

ini merupakan game pilihan dan gilaan bagi officemate ku termasuk la aku... even my boss pun dah usha anak buahnya untuk save dlm thumb-drive die... (huhuh motif sebenar nak main kat rumah la)

ingat lagi masa awal2 game ni diperkenalkan oleh Abg Yan (tq huh)... sangat best.. adventure... geram... sakit hati... senyum sorang2.... emo... suka suki... erm.. tu la perasaan bile dah terjebak main game ni....


the most hateful stage of all... suffer babe...


ni time karaoke... every stage yg dah succeed.. akan ada karaoke... syok maaa

arini dlm mimpi

arini x tahu nak buat apa kat office... semua kerja yang tertangguh dah beres... cuma petang nanti kena call customer and bank untuk buat confirmation je..

breakfast hari roti sausage w/o drinks... lunch nanti makan MAMEE sllrrrp in cup je... x tau nak makan apa... nak keluar plak nanti duit habis... so relax je la kat office.

petang ni nak singgah R & R serdang (arah selatan) la... nak beli nasi ambang dgn sup tulang/daging... power beb... try la makan sana... sure tak rugi...

esok nak masak2 kat umah... macam2 aku nak masak

Thursday, November 18, 2010

my new MP4 - sony walkman NWZ - E443

huhuhu.. just bought 2 MP4 - one for me and one for my hubby...
so cheap la... rm200 each... 4GB lagi...
thanks to Mr Faiz for the discount... siap warranty lagi...

kawan2 cantik tak MP4 kami

ini untuk en suami


yang ini saya punya (actual color ialah maroon bukan mcm dlm gambar ni)

pagi yang indah - agenda aidiladha

morning semua! sungguh bersemangat aku hari... mana taknya... arini awal sangat2 aku dah sampai ofis. credits to school holiday - asal cuti sekolah je traffic kat kl sangat tenang.

kisah kelmarin..

my last entry ada cakap nak pergi pasor borong kan... erm.. kul 9.00 mlm kiteorg gerak dari rumah terus heading to sana. Tapi sebelum tu sempat lagi singgah tempat jual brg2 dapur.. semata-mata nak beli trolli pasar. hahaa sungguh pathetic kan... harusss

sampai je kat sana... Masyallah.. ramainya manusia... macam2 ada. First pitstop, beli daging murah la jugak (RM11 sekilo) lepas tu.. beli ayam pulak (2 ekor) mak ai.. keciknya ayam kat sini.. kalau kat JB.. semuanya gebu2.. sihat miat lagi. (inilah punca sebenar saya MALAS nak beli barang pasar di KL ni)

Then, nampak ketam... sungguh fresh... dapat la beli 6 ekor (cukup la untuk saya bertiga je yg kat rumah tu).. then cari santan pulak.... perghh this is the most adventure of all la.... kena line up ok.... just imagine masa i line up... i orang yg ke - 12...perghh bersabar je la...

then.. baru pergi beli sayur-sayuran.. lagi la dugaan sebab pening kepala nak membeli kerana ramai manusia... yg best masa sibuk membeli tu ramai pulak orang tanya

"kak, ada jual daun kunyit tak?" majoriti org kat sana cari daun kunyit (resipi utama untuk masak rendang) - tapi aku terkecuali sbb

'saya tak masak rendang - saya masak nasi jagung berlaukkan ayam masak merah, kari dalca daging & acar'

cuma ada satu kejadian ni... masa last nak beli tomato puree.. aku tanya kat semua kedai... jawapannya "sori dah habis" then tiba la kat satu stall ni... aku tanya kat aunty india ni...

"aunty, ada tomato puree tak?" tanya aku. then dia jawab "ada, kat blakang rak tu" pastu die suh anak dan laki die carik... x jumpa... so aku pun ok je lah.. walaupun rasa macam x puas hati... kejap kata ada, kejap kata takde...

so aku pun x la terus blah.. tengah pilih2 bawang besar kat situ.. tetiba ada org tanya lagi.. ada tomato puree tak... so si emak tokeh kedai pun terbongkok2 la cari.. jumpa LAST tin tomato puree... aku pun angin je la... aku sound anak laki die... "dey tadi mak lu suruh carik, lu pakai idung ke, pakai mata" ... die diam aje.. aku siap sound kat customer tu.. saya tanya tadi xde... tup2 u yg dtg kemudian leh dapat eh... dah muke customer tu pun cam haram.... lantak ko lah... aku boleh cari tempat lain la...

so.. aku un apa lagi.. angkat kaki cabut la balik... pergi kat kereta, simpan barang then terus balik... tapi sebelum balik, sempat aku singgah kedai runcit dekat dgn rumah... ada banyak tin tomato puree... branch duchess (spelling not so sure). akhirnya dapat jugak aku tomato puree.

sampai je rumah.. aku terus prepare barang2 nak masak untuk esok.. brg yang aku buat ialah... cuci ayam then goreng, buat acar n kopek bawang, lada kering, halia, etc. tido malam tu pun atas sofa je.. sbb dah kepenatan..

sedar2.. orang dah takbir raya.. MP4 aku masih setia terlekat di cuping telinga... aku pun on the spot bangun la... start masak dlm kul 9,, kul 12.30 dah siap makan.. cepat kan saya masak nasi, ayam merah dan kari dalca daging .. pagi tu jugak... hebatkan...

tu semua credits to my mums recipe and blessing from my hubby.... tanpa kalian semua.. x menjadi lauk ku...

FYI, this is the first time I masak lauk complete set for special event. terima kasih kepada en. suami (Mohd Adzli Mohamad) kerana memuji masakan saya.... Saya sayang awak sangat2 tau...

.:: the end ::.

Tuesday, November 16, 2010

time to go back

time dah tiba untuk balik.... so kawan2 jom kite chalussss

balik ni nak kemas2 rumah then bawak ayang g pasor borong (loghat org johor kan)

hehehheh...

Lee Minho ( the F4 in Boys over Flower )






am i right or wrong ???

kali ni aku nak luahkan apa yg terbuku selama ini. satu perasaan yg tak dapat nak disimpan lagi. mengenai seseorang dan familynya. hal ini bukan baru dlm family aku.. tapi makin disimpan, makin membara rasanya untuk melepaskan amarah ni.

aku x paham la kenapa la korang macam ni kan? x reti hormat orang tua... x umpama orang, kurang ajar, sombong, berlagak mcm bagus, mulut murai dan blah blah blah... apa yang korang dpt kalau perangai macam ni.. suka pecah belahkan orang je keje ko.. dah la over sensitif.. x suka betul la aku...

kite kena ingat.. hidup ini umpana roda.. dah shape bumi pun bulat kan... hari2 kite nampak matahari, bulan, bintang dan langit.. so kita kena hope yang terbaik...

aku harap satu hari nanti kamu, kamu, kamu semua berubah la... jgn suka masuk campur hal tepi kain orang... jaga tepi kain sendiri... dan jgn suka nak EGO tak tentu pasal... x kemana kalau ego tinggi menggunung pun.... korang ada famili kan.. sure korang tak nak esok-esok family korang mcm ko sekarang ni...

so berubah lah demi kebaikan... andai kata aku pun ada salah dan silap... aku minta maaf.. kerana setiap manusia ada melakukan kesalahan dan kesilapan...

tapi,

kalau kita asik lari dari masalah, lama-lama ia akan jadi satu kebiasaan,
kalau kita asik ego tak tentu pasal, lama-lama ia akan jadi satu habit,
kalau kita asik muhasabah diri, insyAllah ia akan jadi keberkatan kite seumur hidup.....

sekian wassalam.....

Langkawi ... here we go... yahoo


DEPARTURE

Kuala Lumpur (KUL) to Langkawi (LGK)

Friday, 28 January 2011

Flight AK 5332

Depart from Kuala Lumpur LCCT (KUL) at 2115 (9:15 PM) and arrive in Langkawi INTL Airport (LGK) at 2215 (10:15 PM)

RETURN

Monday, 31 January 2011

Flight AK 5327

Depart from Langkawi INTL Airport (LGK) at 1530 (3:30 PM) and arrive in Kuala Lumpur LCCT (KUL) at 1635 (4:35 PM)

Guest of honor

.:: Me , My Hubby & My Daughter ::.

My Nuffnang Ads